Categories : Semasa

 

Lahad Datu: Jadual khas mengandungi strategi dan perancangan menyerang anggota keselamatan.

Ia dipercayai dirancang anggota pengganas Sulu berdasarkan pelbagai simbol pada buku menyerupai kitab lama ala Tajul Muluk yang ditemui di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo sebelum ditumpaskan pasukan keselamatan menerusi Op Daulat pada 5 Mac 2013.

Jadual khas itu antara pelbagai barangan milik pengganas dipamerkan dalam sebuah galeri diperbuat daripada pondok kecil di Pos Kampung Tanduo.

Penulis meninjau galeri selepas lima tahun pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo.

Berdasarkan jadual khas itu, penceroboh dari selatan Filipina dipercayai membuat persiapan awal sebelum belayar ke Kampung Tanduo.

Penceroboh dipercayai membuat jadual khas memaparkan lima simbol baik atau mencapai kemenangan, kosong (tiada sebarang hasil), isi (memperoleh sesuatu), mayat (bermaksud ada anggotanya terbunuh) dan hidup (semua anggota selamat).

Dibina selepas tamat pertempuran antara kumpulan pengganas dengan pasukan keselamatan, galeri berkenaan menyimpan 23 peralatan dengan sebahagiannya ditemui di Kampung Tanduo.

pakaian dan senjata yang dipamerkan di galeri.


Tags :

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp