Categories : Hiburan

 

RITA dan Donna pernah digosipkan bercinta tahun lalu. – Foto ihsan instagram Donna

KUALA LUMPUR: Pengacara, Donna Muslim, 28, menafikan gambar hiasan dimuat naik di laman Instagram miliknya ada kaitan dengan isu hangat yang kononnya membabitkan pelakon, Rita Rudaini dan Aqasha.

Menerusi laman sosialnya itu, Donna sebelum ini memuat naik gambar seekor tupai berserta kata-kata berbunyi: “Sepandai-pandai tupai meloncat, akhirnya jatuh juga.”

Begitupun gambar berkenaan sudah pun dipadamkan pengacara HLive berkenaan.

“Saya muat naik gambar hiasan itu secara jujur dan ia memang tiada kaitan dengan isu terbabit. Sebaliknya, ia berkaitan dengan situasi saya alami sendiri membabitkan kawan.

“Biasalah, ada kawan yang kita percaya, tetapi tikam dari belakang dan macam-macam lagilah. Saya bagaimanapun memang tidak menujukan gambar itu kepada dirinya. Tapi biasalah, netizen mula mengandaikan ia memang merujuk kepada situasi itu.

“Gara-gara gambar itu juga, ada yang mula memberi komen pedas dan andaian bukan-bukan. Jadi, saya ambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan mengeruhkan perkara yang disalahtafsirkan.

“Ikutkan, saya tak tahu pun kontroversi membabitkan mereka. Saya hanya mengetahui perkara itu pun menerusi kawan yang memaklumkannya,” kata Donna kepada BH Online.

Tegas pemuda itu lagi, beliau sendiri sudah lama tidak menjadi pengikut akaun Instagram Rita.

“Saya pun sudah lama tidak menjadi pengikutnya di laman Instagram. Dia pun tak pernah ‘follow’ saya. Jadi, mustahil saya ada niat jahat dengan memuat naik gambar hiasan itu,” katanya.

Sekitar tahun lalu, Donna dan Rita pernah dikatakan berkawan rapat, malah tidak kurang yang mengandaikan mereka bercinta.

Bagaimanapun menurut Donna, beliau sudah lagi tidak menghubungi pelakon jelita itu sejak beberapa bulan lalu kerana tidak mahu mengganggu kesibukannya di lokasi penggambaran.

Menurut Donna lagi, selama dirinya hangat dikaitkan dengan Rita, beliau dan pelakon itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi kononnya mereka bercerita.

“Selama ini, kami hanya berkawan. Begitupun, pelbagai andaian yang diberikan itu sudah menjadi kebiasaan. Saya pun sudah terputus hubungan dengannya,” katanya.

Sementara itu, sehingga kini, kontroversi membabitkan rumah tangga Aqasha, yang dikatakan turut mengaitkan aktres terbabit belum mendapat maklum balas daripada kedua-dua pelakon berkenaan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp