Categories : Hiburan

 

FARA mendoza mendapat kecaman daripada netizen gara-gara memakai pakaian renang yang seksi.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fara Mendoza, 27, akur apabila namanya sekali lagi menjadi bualan netizen gara-gara berbikini di lokasi percutian Koh Lipe, Thailand, baru-baru ini.

Namun, Fara tidak kisah dengan kritikan yang diterimanya kerana segala aktiviti dilakukan mahupun foto yang dikongsi di laman sosial adalah dirinya yang sebenar.

“Saya hanya mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu bersikap hipokrit dengan sesiapa pun. Saya pula bercuti ke pulau bersama beberapa rakan perempuan saya, bukannya lelaki.

“Semestinya saya akan memakai pakaian renang, sesuai dengan suasana dan sekitar tempat kami bercuti,” katanya kepada BH Online.

Beberapa hari lalu, Fara memuat naik beberapa gambar percutiannya di Koh Lipe bersama rakan-rakan baik di Instagram.

Akibatnya, beliau menerima kecaman di beberapa blog hiburan gara-gara pemakaiannya yang seksi.

Fara turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan penampilannya yang sebegitu, namun beliau tidak mahu mengubah imej diri hanya kerana kritikan diterima daripada netizen.

Pada masa sama, Fara menegaskan beliau memuat naik gambar berkenaan bukan untuk meraih publisiti.

“Inilah kehidupan peribadi saya. Maafkan saya jika ada pihak yang kurang senang dengan imej saya begitu.

“Cuma apa yang ingin ditegaskan, saya bukannya mahu menunjuk-nunjuk kepada umum untuk mendapat publisiti murahan,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Fara kini sibuk dengan penggambaran drama Shhh…I Love You bergandingan dengan Gambit Saifullah bagi siaran slot Akasia, TV3.

Carian Tronexus.rocks:

  • gambar ismail izzani

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp