Categories : Hiburan

 

PENGARAH, Datuk Hans Isaac bersama Tunang, Gabriella Robinson bergambar pada majlis sidang media khas mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada 29 Julai ini di Hotel Majestic. – Foto NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac, kesal dengan tindakan individu bernama Robin Coenraad yang dikatakan cuba menjatuhkan maruah bakal isterinya, Gabriella Robinson, menerusi entri beliau di Facebook.

Hans menjelaskan, hubungan lelaki itu dengan bakal isterinya sudah lama berakhir dan apa yang cuba dilakukan individu berkenaan sekadar mahu menarik perhatian orang ramai.

Hans turut berkata, tindakan lelaki terbabit nyata tidak menghormati diri dan bakal isterinya.

“Lelaki ini sengaja mahu mencari perhatian di media sosial. Sengaja mahu merosakkan nama baik wanita yang saya cintai. Saya kasihankan lelaki ini. Dia perlukan kehidupan yang lebih baik,” kata Hans menerusi akaun Instagram beliau, tengah hari tadi.

Semalam, selepas mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang juga bekas pemenang Miss Tourism International 2012, seorang lelaki bernama Robin mendakwa Hans merampas kekasihnya itu di Facebook miliknya.

Menurut lelaki terbabit, beliau terkejut dengan berita pengumuman berkenaan kerana sebelum itu mereka kononnya masih lagi berjumpa sebagai pasangan kekasih.

Robin turut menulis, beliau tidak pasti sama ada Hans tahu mengenai kewujudannya atau tidak sebelum artis lelaki berkenaan melamar Gabriella, Januari lalu.

Entri berkenaan membuatkan ia menjadi viral sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Ada yang menyokong individu berkenaan dan ada yang menyifatkan Hans mungkin menjadi mangsa keadaan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp