Categories : Hiburan

 

SALIMA kini bertugas sebagai penyampai radio IKIM.fm. – Sumber facebook IKIMfm

KUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) Salima, 29, berharap semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kenyataan madunya mengenai pernikahan ketiga suami mereka, baru-baru ini.

Salima atau nama penuhnya Nor Salima Habibi berkata, madunya yang dikenali sebagai Wafa sekadar bergurau apabila menaikkan status terbabit di laman Instagram peribadinya, tanpa menyangka ia dijadikan isu dan tular di media sosial.

“Gambar dan kenyataan ini adalah palsu. Saya sebagai isteri kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre mengesahkan berita ini (tidak benar) mewakili suami dan juga isteri pertama.

“Gambar ini dimuat naik atas dasar gurauan, tanpa pihak isteri pertama menyangka ia akan menjadi tular,” katanya pada ruangan komen laman sosial madunya itu.

Terdahulu, Wafa menerusi Instagram @wafa_alhadad mengucapkan tahniah kepada suami serta isteri ketiga di atas perkahwinan mereka dan berdoa ia berpanjangan hingga ke syurga selain dikurniakan cahaya mata yang comel.

Pada masa yang sama, ibu kepada dua anak itu seakan-akan memberi isyarat kepada wanita di luar sana mengenai satu lagi kuota kekosongan untuk menjadi isteri keempat suaminya itu.

Katanya lagi, pihak yang berminat diminta menghubungi Salima yang juga madunya, untuk maklumat lanjut.

Begitupun, status berkenaan sudah dipadamkan, manakala Salima yang kini bertugas sebagai penyampai radio Ikim.FM dan penceramah bebas, ketika dihubungi BH Online, menganggap kes itu sudah pun ditutup.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp