Categories : Hiburan

 

PENYANYI baharu, Haqiem Rusli. – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu, Haqiem Rusli, lebih berkeyakinan untuk mengadakan persembahan dengan menggayakan kaca mata hitam.

Beliau memilih untuk tidak mengendahkan cemuhan sering dilemparkan terhadapnya kerana berpendapat, muzik harus disampaikan secara telus dan bukan diukur dengan penampilan semata-mata.

“Saya maklum ramai yang bercakap mengenai penampilan kaca mata hitam ini, namun saya tidak terkesan dengan komen negatif sebegitu. Lebih penting untuk saya mengutamakan keselesaan diri ketika menyanyi.

“Jadual kerja yang padat membuatkan saya kurang rehat dan mata sering kali bengkak. Jadi, saya lebih berkeyakinan untuk menyanyi di atas pentas dengan memakai cermin mata hitam,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Haqiem, 19, yang dikenali dengan lagu Segalanya mengakui selesa mendekati peminat menerusi medium media sosial.

Biarpun dianggap pemalu, remaja berkenaan selesa berkomunikasi bersama penggemarnya menggunakan platform digital.

“Saya aktif di Twitter dan mendekati peminat menerusi medium itu. Kalau ada yang anggap saya pemalu, mungkin mereka belum cukup mengenali saya.

“Ada kalanya saya membuat panggilan ‘prank’ rawak kepada peminat untuk bergurau, secara tidak langsung berasa lebih dekat dengan mereka,” kata calon Top 5 Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 ini lagi.

Dalam kategori berkenaan, Haqiem bersaing dengan Tajul, Alvin Chong, Aiman Tino dan Khai Bahar.

Selain itu, Haqiem yang kini tampil dengan single terbaru berjudul Tergantung Sepi, turut berjinak-jinak mencipta lagu untuk rakan penyanyi lain.

Carian Tronexus.rocks:

  • biodata haqiem rusli 2017
  • gambar haqiem rusli
  • gambar haqiem rusli 2017
  • haqiemrusli terkini

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp