Categories : Hiburan

 

PENYANYI Haqiem Rusli. – Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Penyanyi Haqiem Rusli menghela nafas lega apabila lagu ciptaannya untuk Irfan Haris kini mencatat lebih dua juta tontonan selepas videonya dimuat naik kira-kira sebulan lalu.

Haqiem, 19, berbesar hati apabila Irfan menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu ciptaannya yang berada dalam simpanan sejak berada di bangku sekolah menengah lagi.

“Saya tahu bukan mudah membina kepercayaan kerana masih begitu baharu dalam bidang penulisan lagu. Oleh itu, saya mempelawa teman rapat saya, Irfan, untuk menjadikan lagu Pesan sebagai single terbaru beliau.

“Alhamdulillah, jumlah tontonan video rasmi lagu itu mencatat lebih dua juta kali sejak dimuat naik ke laman YouTube pada 23 Mei lalu. Ia membuktikan lagu ciptaan saya bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

“Lagu terbabit mengisahkan mengenai seorang individu yang meninggalkan wasiat buat mereka di sekelilingnya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Sebenarnya lagu itu sudah berada dalam simpanan saya sejak berada di tingkatan empat lagi,” katanya.

Haqiem tidak mempedulikan komen negatif yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya mengambil teguran yang dapat memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik.

Penyanyi yang semakin mencipta nama menerusi single kedua berjudul Tergantung Sepi itu turut meluahkan hasratnya menjadi komposer berjaya dalam industri muzik tanah air.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp