Categories : Semasa

 

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 kekal, manakala diesel naik bermula tengah malam ini.

Bagi tempoh 24 Ogos hingga 30 Ogos ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM2.15 dan RM2.43 seliter.

Harga runcit diesel pula turun tiga sen daripada RM2.04 kepada RM2.01 seliter.

Pengumuman mingguan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dimuat naik di laman sesawang rasminya di www.kpdnkk.gov.my, setiap minggu pada Rabu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp