Categories : Hiburan

 

feride.hikmet@bh.com.m

PELAKON dan pengacara, Hefny Sahad. -Foto Mahzir Mat Isa

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Hefny Sahad, 28, bersyukur rezekinya bertambah apabila namanya makin mendapat tempat dalam kalangan penerbit program hiburan.

Hefny memberitahu, selepas kontrak bersama program Pop TV berakhir, dia menerima pelbagai tawaran termasuk mengacarakan program Muzik-Muzik 32 (MM32) bersama gandingannya, Amyra Rosli, mulai bulan ini.

“Saya lihat semakin ramai penerbit memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program. MM32, misalnya, adalah peluang yang tidak mungkin ditolak sesiapapun.

“Alhamdulillah, rezeki saya semakin baik untuk permulaan tahun kelima dalam karier seni saya ini. Kebanyakan tawaran yang diterima berbentuk pengacaraan,” katanya kepada BH Online.

Selain MM32, Hefny juga menjadi penyampai radio sementara bagi segmen Carta Sinar 40 berganding dengan Linda Onn setiap Sabtu.

Tambah Hefny, dalam kesibukan mengendalikan program televisyen (TV), dia juga terbabit penggambaran drama bersiri, Di Sebalik Wajah bagi siaran Hypp TV.

Berikutan jadual yang padat, Hefny perlu menyusun aktiviti harian sebaik mungkin.

“Saya perlu bijak mengatur masa. Apabila orang memberi kepercayaan kepada kita 100 peratus, sudah semestinya kita perlu memberikan hasil kerja terbaik.

“Ini juga untuk masa depan saya supaya menjadi anak seni serba boleh…InsyaAllah,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp