Categories : Sukan

 

JURULATIH Sarawak, David Usop. – Foto Che Rani Che Din

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghormati keputusan jurulatih Sarawak, David Usop yang mahu ‘berehat sementara’ daripada mengendalikan skuad Bujang Senang.

Persatuan Bola Sepak Sarawak dalam satu kenyataannya, berkata pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai segala jasa jurulatih itu dalam menguruskan pasukan Sarawak sehingga beberapa musim kekal beraksi dalam saingan Liga Super.

Berikutan itu, FAS ingin mengumumkan jawatan jurulatih akan dipangku oleh pembantunya, Pengiran Bala bagi mengharungi baki saingan Liga Super 2017 dan Piala Malaysia 2017 sehingga satu tarikh diumumkan kelak.

“Pihak FAS juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokong bola sepak Sarawak yang sentiasa bersama dengan pasukan tanpa mengira turun naiknya prestasi pasukan.

“Kami di FAS sentiasa menginginkan pencapaian yang terbaik untuk pasukan bola sepak Negeri Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp