Categories : Jenayah

 

ANGGOTA bomba menggunakan gergaji besi untuk membantu mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersepit pada tombol pintu bilik di rumahnya di Lembah Beriah, Bukit Merah. – Foto ihsan Bomba

BAGAN SERAI: Seorang kanak-kanak terpaksa menahan kesakitan lebih sejam apabila ibu jari tangan kirinya tersangkut pada lubang tombol kunci pintu bilik rumahnya di Lembah Beriah, Bukit Merah di sini, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Che Hassan Che Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.55 petang dan anggota yang tiba di rumah berkenaan mendapati jari mangsa masih tersekat dan gagal dikeluarkan walaupun pelbagai cara dilakukan ahli keluarganya.

“Pihak kami bertindak memujuk mangsa yang meraung dan menangis ketakutan sebelum memotong tombol kunci berkenaan menggunakan gergaji besi.

“Selepas tombol dipotong dan penguncinya ditanggalkan, jari kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memujuk mangsa dan memotong tombol pintu terbabit. Operasi selesai pada jam 5.29 petang.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp