Categories : Sukan

 

KETUA Menteri, Datuk Seri Idris Haron. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

MELAKA: Keputusan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 48 jam sebelum kongres berlangsung, Sabtu ini disifatkan sebagai terpuji.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Ir Idris Haron, berkata keputusan Annuar itu adalah yang terbaik sekali gus membuka peluang jalinan kerjasama untuk membangun bola sepak Malaysia di bawah pentadbiran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurutnya, tindakan itu juga menjimatkan masa dan tenaga selain mampu membentuk semangat serta perpaduan yang harmoni untuk pembangunan bola sepak negara.

“Ini juga masa yang terbaik buat TMJ membuktikan peranan besarnya mencipta imej baharu bola sepak negara. Malah harapan rakyat Malaysia diyakini mampu direalisasikan dengan corak kepimpinan TMJ kelak.

“Apapun TMJ harus diberi masa merencana perancangannya dan sudah pasti kejayaan bukan mampu diraih sekelip mata, selain perlu disokong semua pihak,” katanya yang turut memberi ucapan tahniah kepada TMJ yang bakal menerajui FAM.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp