Categories : Hiburan

 

RADIO IM4U bersiaran daripada belon udara panas.

PUTRAJAYA: Stesen radio IM4U fm bersiaran secara langsung dari dalam belon udara panas pada ketinggian 80 meter sempena meraikan Hari Radio Sedunia di sini, semalam.

Pengarah IM4U fm, Kartini Ariffin, berkata belon udara panas itu menerbangkan tiga penyampai segmen pagi, Bangkit Squad, dari Putrajaya ke Cyberjaya untuk berkongsi pengalaman mengujakan dengan pendengar.

“Simbolik Jiggi, Amrita Dhillon dan Tyler Lim bersiaran dari belon udara panas itu adalah untuk menunjukkan peralihan industri radio negara yang berada di kemuncaknya.

“Selari dengan tema Radio is You, IM4U fm mensasarkan matlamat mencetuskan inspirasi kepada pendengar untuk merealisasikan impian mencapai apa yang mereka inginkan.

“Bukanlah mahu menandingi pencapaian sedia ada, sebaliknya segmen sepanjang tiga jam ‘terbang’ ini sebagai meraikan hari istimewa ini lain daripada yang lain,” katanya kepada BH Online.

IM4U bersiaran dalam belon udara panas

Terdahulu, pada sambutan Hari Radio 2016, IM4U fm membawa 40 kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit dan KL Crash Pad melawat stesen terbabit bagi memperkenalkan perjalanan operasi radio.

Kata Kartini, bagi mereka yang ingin mengikuti IM4U fm di Lembah Klang, mereka boleh melakukannya menerusi frekuensi 107.9, selain melayari iM4U di Facebook atau Instagram (@im4ufm).

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp