Categories : Hiburan

 

PENYANYI, Farahdhiya Mohamed Amin. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Farahdhiya, menganggap detik yang dinikmatinya saat ini sebagai yang terbaik sepanjang kerjayanya di arena seni.

Bukan sekadar dunia nyanyiannya kembali bersemarak, malah beliau juga diberi peluang menjayakan persembahan solo sulung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, selain mendapat sokongan padu peminat tegar.

Farahdhiya yang juga bergelar pelakon berkata, sepanjang 13 tahun menjadi anak seni, baru kini beliau mempunyai kelab peminat sendiri, Farahdhiya Team.

“Sebelum ini, ada juga pihak mendekati saya bagi menubuhkan kelab peminat, namun saat itu hati saya belum tergerak untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, selepas menyertai Gegar Vaganza musim kedua, sokongan diberikan peminat sangat berbeza. Sejak itulah baru saya memiliki kelab peminat sendiri.

“Apa yang saya boleh simpulkan, saat ini adalah yang terbaik sepanjang kerjaya saya. Malah, ada peminat dari Semenanjung yang sanggup terbang ke Sabah dan Sarawak apabila saya mengadakan persembahan di sana,” katanya kepada BH Online.

Lebih bermakna, kata Farahdhiya, semalam dirinya berpeluang mengadakan persembahan di pusat hiburan terkemuka di ibu kota, sempena hari lahirnya yang ke-33, dua hari sebelum itu.

Pada persembahan anjuran Melody United Music terbabit, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu mendendangkan kira-kira 17 lagu, termasuk dendangan popular dari seberang, Sedang Ingin Bercinta dan Perawan Atau Janda.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa gementar dan penatnya saya ketika menjayakan persembahan berkenaan. Begitupun, kehadiran peminat dan mereka yang tidak jemu menyokong saya, termasuk teman serta keluarga, menghilang semua kepenatan serta keresahan yang dirasa.

“Persiapan selama dua bulan untuk persembahan ini juga dikira berbaloi. Saya harap, ia mampu memuaskan hati semua yang datang menyaksikannya,” kata Farahdhiya.

Farahdhiya yang sempat menukar dua persalinan rekaan Azura Couture pada pertunjukan turut menerima kejutan hari lahirnya, yang diberikan peminat dan teman rapat.

Dalam perkembangan lain, Farahdhiya baru saja muncul dengan single terkini berjudul Kepada Dia ciptaan Sri Kandi dan lirik tulisan Hang Nadim.

Carian Tronexus.rocks:

  • faradhiya seksi

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp