Categories : Hiburan

 

Penyanyi Irfan Haris membuat persembahan di Johor Bahru. – Foto NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin

KUALA LUMPUR: Mengelak dituduh sombong sedangkan berdepan isu keyakinan dan sifat malu yang menebal, penyanyi remaja, Irfan Haris berusaha mengubah dirinya menjadi insan lebih baik.

Irfan, 16, yang popular dengan lagu Redha mahu menangkis perasaan malu yang masih bersarang dalam diri, biarpun dikenali ramai.

Adik kepada penyanyi Amira Othman ini turut menjadikan kakaknya sebagai rujukan.

Sehubungan itu, Irfan sering meminta nasihat Amira mengenai cara berhadapan dan berkomunikasi dengan media.

“Saya tidak mahu dianggap sombong hanya kerana sikap pemalu. Sehubungan itu, saya cuba sedaya upaya membuang jauh perasaan itu.

“Semoga tiada pihak yang salah faham dengan sifat pemalu ini,” katanya kepada BH Online.

Irfan berkata, disebabkan dia masih di bangku sekolah, agak sukar bagi dirinya menerima pelawaan membuat persembahan terutama pada musim perayaan seperti Aidilfitri.

“Keadaan ini membataskan pembabitan saya dalam menghadiri majlis atau acara,” katanya.

Single pertama nyanyian Irfan iaitu Redha mencatat lebih 17 juta tontonan di YouTube.

Taruhan kedua penyanyi remaja ini iaitu single Pesan ciptaan penyanyi, Haiqem Rusli, semakin mendapat tempat di carta radio tempatan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp