Categories : Jenayah

 

JOHOR BAHRU: EXCO Johor, Datuk Abd Latiff Bandi dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini pagi esok atas dakwaan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki, berkata Abd Latiff akan didakwa bersama seorang lagi individu.

“Saya boleh mengesahkan Abd Latiff bersama seorang lagi individu akan dituduh di mahkamah esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abd Latiff bercuti daripada portfolionya sejak 1 Mac lalu, susulan siasatan terhadap skandal rasuah hartanah di Johor sebelum ditahan SPRM pada 9 Mac bagi membantu siasatan.

Pada 10 Mac lalu, dia direman tujuh hari sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM200,000.

SPRM dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM serta Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Mengulas siasatan kes membabitkan pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) di Australia, Azam berkata, pihaknya sudah merekodkan 10 keterangan pelbagai pihak.

“Kami turut ke beberapa lokasi hari ini untuk mengambil dokumen bagi penyiasatan,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp