Categories : Hiburan

 

ISYARIANA Che Azmi. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun menyimpan rambut panjang, Isyariana Che Azmi, 27, nekad memotong mahkota wanitanya itu demi menghidupkan watak dalam drama.

Bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF) 2016 itu mengaku rezekinya lebih murah sejak berambut pendek.

Buktinya, selesai menjalani penggambaran drama Urusan Hati Cik Drama Queen arahan Michael Ang, Isyariana ditawarkan pula berlakon dalam drama Cik Serba Tahu.

“Saya simpan rambut panjang sejak tahun 2007. Selama ini, saya tak pernah berani memotong rambut pendek sebegini rupa. Kalau potong pun, setakat paras bahu.

“Namun Alhamdulillah, selepas potong rambut, rezeki saya bertambah dan tawaran datang berturut-turut,” katanya yang tersingkir pada minggu kelima AF 2016.

Gembira dengan imej baharunya, Isyariana mengaku kini dia tidak perlu mengambil masa lama untuk bersiap.

“Selain tampak segar, saya dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu bersiap lama,” katanya yang mula berlakon drama Married Tapi Benci yang disiarkan Tv3 pada 2015.

Isyariana sebelum ini pernah menganggotai kumpulan duet Hanaros yang ditubuhkan Cat Farish.

“Sebelum itu, saya pernah menjadi penyanyi gantian bagi kumpulan The Fabulous Cats selama kira-kira setahun,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • rambut mawar rashid

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp