Categories : Hiburan

 

ANGGOTA Forteen, Izzue Islam. – Foto Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR : Anggota Forteen, Izzue Islam berhasrat meneruskan kerjasama dengan Ikhwan Fatanna selain anggota kumpulan Nowseeheart, Azahari untuk mengembangkan lagi aktiviti nyanyiannya.

Pemilik nama penuh, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 27, itu berkata, inspirasi itu tercetus selepas kerjasama pertama mereka menerusi rakaman semula lagu Balik Kampung dan takbir raya sempena Aidilfitri, baru-baru ini mendapat sambutan ramai.

“Idea untuk bekerjasama dengan Azahari dan Ikhwan tercetus secara spontan ketika kami bertemu dua hari sebelum 1 Syawal. Bagi saya, kerjasama ini sangat kerana kami bertiga memperjuangkan genre muzik berbeza.

“Sesi rakaman dijalankan di studio milik Azahari dan berlangsung dengan lancar kerana ia dilakukan secara santai. Insya-Allah, selepas ini kami merancang untuk mengadakan kerjasama lagi namun, usaha itu perlu diperhalusi,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya nyanyiannya, Izzue kini dalam rangka promosi single terbaharu berjudul Sahabat ciptaannya dan isteri, Awin Nurin.

Pada masa sama, Izzue bersama Forteen turut sibuk dengan rangka promosi single terbaharu mereka, Apa Ini Cinta ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim.

Selain Izzue, Forteen yang sebelum ini popular dengan lagu Dekat Tapi Jauh turut dianggotai One, Ameer dan Ariz.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp