Categories : Hiburan

 

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh tiga hari tayangan, filem aksi terbitan Primeworks Studios dan Infinitus Productions, J Revolusi, berjaya meraih kutipan RM1.4 juta.

Membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nur Fazura dan Izara Aishah, filem terbabit mula menemui penonton sejak 2 Mac.

Pencapaian membanggakan oleh naskhah arahan Zulkarnain Azhar itu diumumkan Primeworks Studios menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Filem berbajet besar itu menjalani penggambaran awal tahun lalu dan mengambil masa 60 hari untuk disiapkan.

Pembikinannya turut mendapat kerjasama Unit Tindakan Khas (UTK) dengan penampilan istimewa bintang One FC Mixed Martial Arts (MMA), Peter Davis dan Saiful Merican.

Ia berkisar mengenai anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Jay Zulkarnain, yang menarik diri daripada misinya demi menyelamatkan kakaknya, Dian, yang ditangkap pengedar dadah. Pada masa sama, ada usaha jahat dilakukan bagi melumpuhkan anggota unit tindakan berkenaan.

Primeworks turut berterima kasih kepada 100,000 peminat yang menjayakan misi pecah panggung filem terbabit.

Selain itu, mereka yang menonton J Revolusi juga berpeluang memenangi kereta bernilai lebih RM80,000.

Peminat boleh melayari www.jrevolusi.my untuk maklumat penuh peraduan dan ia tertakluk kepada terma serta syarat.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp