Categories : Semasa

 

DATUK Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku berjudul ‘Negara Maslahah Dalam Konteks Malaysia’ di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini. – Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Peranan penasihat kepada pemerintah itu penting kerana ia boleh menghalakan sama ada pemerintahan itu berjaya atau tidak, ” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri, berkata penasihat yang gagal melaksana tanggungjawabnya dan hanya melakukan tugas demi kepentingan sendiri, akan mengakibatkan sebuah pemerintahan itu di ambang keruntuhan.

“Pembentukan sebuah negara bangsa itu bukan saja terletak dibahu rajanya dan pemerintah. Tetapi juga pembuka politik (pemerintah) yang menerima nasihat daripada penasihatnya.

“Kebobrokkan (sesuatu pemerintahan) ini biasanya berlaku disebabkan oleh penasihat yang jadi ‘punahsihat’.

“Jika personaliti pemimpin itu yang baik tapi dirosakkan disebabkan penasihatnya, (maka) akhirnya ia menyebabkannya dia (pemimpin) menjadi bobrok,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap melancarkan buku berjudul ‘Negara Maslahah Dalam Konteks Malaysia’ di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Buku yang dijual pada harga RM80 senaskah itu ditulis Tan Sri Alies Anor Abdul, antara lain mengisahkan peranan imam Al-Ghazali sebagai penasihat ketika pemerintahan di zaman Bani Abasyiah dan Umaiyah.

Ahmad Zahid berkata, penulisan buku ilmiah ini melalui satu kajian metadologi perbandingan dan keharmonian terhadap ketokohan imam Al-Ghazali itu sendiri dan ia wajar diteladani.

“Ini bukan saja kajian akademik luar biasa tapi ia sangat istimewa, kontemporari dan inklusif. Banyak kajian saya lihat tetapi pendekatan dibuat Alies lain dan beliau memfokuskan kepada sahsiah dan siasah, ” katanya.

Beliau berkata, cabaran yang mendepani zaman imam Al-Ghazali tidak kurang hebatnya dengan apa yang dihadapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini.

“Ini pendekatan (perbandingan) akademik yang dibuat oleh Tan Sri Alies sendiri. Ulama bukan saja terdiri daripada orang alim tetapi mereka yang berilmu apatah mereka tak kedekut ilmu,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp