Categories : Jenayah

 

KEMALANGAN membabitkan sebuah lori membawa kotak air minuman yang terbalik di Kilometer 289 Lebuhraya Utara Selatan arah utara. -Foto Ihsan Pembaca

IPOH: Kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan kotak air minuman yang terbalik di Kilometer 289 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini petang tadi mengakibatkan kesesakan trafik hampir tiga kilometer.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.20 petang itu, pemandu lori berkenaan cedera selepas kenderaan itu terbalik dan melintang di lebuh raya berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari arah selatan sebelum tayar kanan kenderaan terbabit pecah sebaik tiba di tempat kejadian.

Katanya, berikutan itu, lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi kanan jalan sebelum terbalik.

“Lori berkenaan melintang di tengah lebuh raya, namun kemalangan itu hanya menjejaskan lorong kanan sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan cedera akibat tersepit di bahagian tempat duduk dan mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, untuk rawatan lanjut manakala kelindannya tidak cedera.

Abdul Rani berkata, kemalangan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer namun anggota polis membuat kawalan di lokasi kejadian bagi membantu kelancaran trafik.

“Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan lori sedang giat dijalankan,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • lori terbalik di ipoh

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp