Categories : Hiburan

 

Janna Nick. – Foto Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Ditimpa satu persatu kontroversi, Janna Nick akhirnya memilih syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment milik rakan artis, Dafi, untuk menguruskan karier seninya.

Dengan itu, Janna menyertai artis seperti Rozita Che Wan dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana; Jihan Muse; Intan Sarafina dan Fikry Lawak Solo yang diuruskan syarikat sama.

“Risau dengan kontroversi demi kontroversi yang tak elok bertandang. Tapi, alhamdulillah selepas bersama LOL, saya lebih optimis dan realistik.

“Sebagai manusia biasa, saya tak lari daripada melakukan khilaf dalam tingkah dan kata. Apa yang dikata dan ditulis menjadi viral… Memang ia tak boleh ditarik balik.

“Macam sekarang, apa yang saya mula ‘tweet’ sudah ditegur pihak pengurusan. Saya lihat itu bukan seperti dikawal tetapi lebih bersifat teguran.

“Teguran itulah yang saya harap selama ini. Saya suka apabila ada tegur macam itu… Ini untuk kebaikan saya,” katanya kepada BH Online.

Janna menandatangani perjanjian dua tahun untuk diuruskan LOL. Antara kontroversi yang pernah dihadapi Janna adalah kes membabitkan dirinya dan Ruhainies membabitkan isu watak dalam sebuah filem.

Penyanyi lagu Mungkin Saja itu mengaku, selama ini, apa yang dilakukannya tidak dipedulikan sesiapa termasuk ahli keluarga.

“Soal pakaianpun diperhatikan pengurusan. Selama ini, ikut suka hati saja. Saya percaya teguran dan kawalan yang diberi untuk kebaikan saya

“Saya tak mahu kontroversi merosakkan perjalanan seni saya. Ini masa untuk saya terus fokus dan memberi yang terbaik untuk peminat tersayang,” katanya yang sibuk di lokasi penggambaran drama Dia untuk slot Akasia TV3, November depan.

Dalam perkembangan lain, Janna akan muncul dengan filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang, akhir bulan ini.

Turut berlakon adalah Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp