Categories : Sukan

 

MENTERI Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin menyalakan obor untuk diserahkan kepada peserta larian obor sempena Majlis Penyerahan Obor, Larian Obor Kuala Lumpur di Muzium Tokoh, Bukit Senyum, Johor Bahru. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan bersempena Sukan SEA Ke- 29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 ( KL2017), memulakan siri jelajahnya di Muzium Tokoh, di sini, hari ini sebagai destinasi pertama di bandar raya Johor Bahru.

Johor menjadi tuan rumah terawal siri larian terbabit apabila ia disambung daripada Larian Baton Bangkit Bersama yang secara rasminya sudah tamat pada hari ini selepas menjelajah ke seluruh negara bermula di Brunei pada 5 Mac lalu.

Baton berkenaan dibawa masuk ke Malaysia oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas menerimanya daripada Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura, Grace Fu Hai Yien.

Baton yang dibawa terus ke Muzium Tokoh, dekat sini, kemudiannya ditukar kepada obor dan diserahkan kepada wakil rasmi Menteri Besar Johor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan sebagai tanda permulaan Larian Obor Kuala Lumpur 2017.

Khairy berkata, obor itu akan dibawa dalam satu larian mengelilingi bandar Johor Bahru, selain turut merentasi beberapa daerah lain di sepanjang lebih 90 kilometer (km) termasuk Kulai, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

“Larian Obor Kuala Lumpur 2017 adalah pra-acara kepada temasya sukan KL2017 anjuran Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) sebagai inisiatif untuk meningkatkan motivasi dan semangat rakyat menjelang temasya sukan KL2017.

“Tema pada kali ini adalah bangkit bersama sebagai satu rantau Asia Tenggara menerusi larian baton. Untuk tempoh masa tiga bulan ini, kita akan bangkit bersama sebagai negara larian dengan obor ini yang akan menyatukan rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Larian Obor KL2017, di Muzium Tokoh, Bukit Senyum, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MASOC KL2017, Datuk Seri Zolkples Embong.

Khairy berkata, kemuncaknya, obor akan dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 19 Ogos depan, sekali gus sebagai perasmian pembukaan sukan berkenaan.

Carian Tronexus.rocks:

  • tronexus johor bahru

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp