Categories : Jenayah

 

MUHAMMAD Hairil Amsyar Abd Rahman disyaki mati akibat didera bapa tirinya. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

JERTIH: Jenazah Muhammad Hairil Amsyar Abd Rahman yang disyaki mati akibat didera bapa tirinya di FELDA Tenang, Hulu Besut, di sini, selamat dikebumikan petang ini.

Muhammad Hairil, 5, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tanah Besut pada jam 5.30 petang.

Pengebumian Hairil Amsyar turut dihadiri ibunya, Nor Syafiqah Abd Kadir, 27, serta kira-kira 50 sanak saudara dan penduduk.

Dalam kejadian di FELDA Tenang, Hulu Besut, awal pagi semalam itu, Muhammad Hairil disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan di Unit Kecemasan Hospital Besut, pada jam 3.30 pagi.

Bapa tiri mangsa ketika itu mendakwa kanak-kanak itu cedera akibat terjatuh dari motosikal ditunggangnya namun keterangan itu diragui pihak hospital dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih pada jam 5.30 pagi semalam.

Suspek berusia 38 tahun berkenaan kemudian ditahan sebelum disahkan positif syabu selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp