Categories : Semasa

 

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan seorang pelajar Malaysia, Ahmad Musa Alnuwayri Kamaruzaman, dihantar pulang ke Malaysia hari ini oleh pihak berkuasa Jordan kerana kesalahan tinggal lebih masa.

“Berdasarkan laporan yang diterima oleh pihak kementerian, visa Ahmad Musa tamat sejak September 2015 tetapi dia tidak meninggalkan Jordan selepas diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh tujuh hari pada penghujung November 2016.

“Oleh itu, Ahmad Musa ditahan pihak berkuasa tempatan pada 20 Januari 2017. Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan dimaklumkan berhubung penahanan itu dan pegawai dari kedutaan sudah melawat Ahmad Musa bagi memastikan kebajikannya terjaga.

“Kedutaan Besar Malaysia di Amman menerima kerjasama baik daripada pihak berkuasa Jordan dalam mengendalikan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Luar mengingatkan warga negara Malaysia di situ supaya menghormati dan mematuhi undang-undang tempatan, terutama berkaitan dengan undang-undang Imigresen bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika meninggalkan negara itu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp