Categories : Jenayah

 

KETUA Polis Daerah Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah (kanan) menujukkan air ketum yang dirampas di FELCRA Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak, tengah hari tadi. – Foto ihsan PDRM

KAMPUNG GAJAH: Polis menahan seorang peniaga minuman herba berusia 50 tahun kerana memiliki 21 botol air ketum di rumahnya dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek yang membuka kedai minuman herba di sebelah rumahnya, ditahan pada jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, sebanyak 21 botol plastik 1.5 liter berisi cecair dipercayai ketum dirampas.

Katanya, suspek dipercayai menyimpan stok air ketum dalam rumahnya dan hanya membawa keluar minuman itu atas permintaan pelanggan.

“Siasatan awal mendapati suspek beroperasi sebagai peniaga air ketum sejak sebulan lalu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp