Categories : Sukan

 

BEREGU lelaki negara, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming. – Foto Nadim Bokhari

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming mara ke pusingan kedua China Masters selepas menewaskan pasangan Jepun, Kohei Gondo-Tatsuya Watanabe dalam aksi pusingan pertama, sebentar tadi.

Pilihan ketujuh kejohanan itu membuka langkah di Pusat Sukan Olimpik, Chiangzhou dengan cemerlang apabila melakar kemenangan 21-15, 21-18 ke atas Kohei-Gondo.

“Kami bermain dengan baik hari ini. Kami yakin boleh kekalkan prestasi ini apabila beraksi pada pusingan kedua, esok. Kami mahu fokus satu demi satu perlawanan,” kata Kah Ming.

Mereka akan menentang beregu Taiwan, Shang Kai Lin-Yang Po-Hsuan pada aksi pusingan kedua esok untuk merebut tempat ke suku akhir.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami satu lagi beregu negara, Tan Chee Tean-Tan Wee Gieen yang ditunjukkan pintu keluar di pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan Thailand, Trawut Potieng-Nanthakarn Yordphaisong 20-22, 18-21.

Turut tersingkir ialah pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven yang tewas kepada Hsu Jen Hao dari Taiwan 20-22, 21-17, 19-21 pada aksi pusingan kedua.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp