Categories : Hiburan

 

Julia Perez. – Foto Aziah Azmee

JAKARTA: Pengurus Jupe atau Julia Perez, Diana, menafikan dakwaan penyanyi dangdut itu sudah meninggal dunia, malam tadi, disebabkan serangan kanser pangkal rahim tahap empat.

Katanya, walaupun kesihatan Jupe semakin menurun, beliau tetap kuat melawan penyakit terbabit, namun malam tadi keadaannya agak membimbangkan kerana demam panas.

Menurut beliau lagi, suhu badan artis berkenaan juga sudah turun dan doktor di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta, meminta supaya Jupe dibiarkan tidur serta tidak diganggu pelawat.

“Dia baik-baik saja. Doakan semoga Jupe segera sembuh. Sekarang dia masih tidur,” katanya kepada media yang menunggu individu terdekat dengan penyanyi itu di hospital.

Sebelum ini, bintang sensasi Indonesia itu sudah beberapa kali berdepan khabar angin membabitkan kematian dirinya.

Terdahulu, penyanyi Belah Duren itu mengumumkan mengenai penyakitnya pada September 2014 sebelum berulang alik ke Singapura menjalani rawatan selama tiga bulan.

Bagi membiayai kos perubatan dan berulang alik ke Kota Singa, pemilik nama sebenar Yulia Rachmawati, 37, itu kemudian menjual sebuah kediamannya serta kereta miliknya.

Biarpun selepas itu beliau memaklumkan kepada keluarga, dirinya sudah bebas kanser, pertengahan tahun lalu Jupe kembali menghuni katil hospital apabila beliau dilaporkan mengalami masalah dalaman selain bengkak kaki.

Sebelum ini, ketika memilih imej botak, beliau menyatakan ia sebagai tanda sokongan terhadap pesakit kanser lain.

Minggu lalu, ketika teman seangkatan menganjurkan malam Peduli Jupe bagi tujuan pengumpulan dana, penyanyi terbabit memilih mendermakan wang yang diterimanya kepada pesakit lain yang lebih memerlukan.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp