Categories : Hiburan

 

Julia Bob Fauzi Ziegler kini hamil? – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Pertambahan berat badan dua bulan selepas mendirikan rumah tangga mencetuskan persoalan, apakah Julia atau nama lengkapnya, Julia Bob Fauzi Ziegler kini hamil?

Mengakui tubuhnya semakin berisi, Julia, 32, bagaimanapun tidak pasti apakah rezeki untuk menimang cahaya mata akan menyebelahinya kerana belum melakukan pemeriksaan lanjut.

“Tidak dinafikan, badan saya berisi selepas berumah tangga. Satu daripada sebabnya ialah selalu menemani suami makan. Melihat suami berselera menjamah hidangan, saya juga terikut-ikut hingga berat saya mula bertambah.

“Tetapi jika ‘berisi’ yang lagi satu, saya belum pasti. Saya pernah juga berdepan simptom yang sering dikaitkan dengan wanita hamil tetapi saya tidak berani mengesahkannya.

“Saya belum membuat pemeriksaan lanjut, mungkin selepas ini,” katanya.

Ditemui pada majlis pertunjukan fesyen The KL Wedding 2017 membabitkan pereka fesyen seperti Wanpa, Suffian Tugiman dan Cosry petang tadi, Julia turut memaklumkan akan ke China pertengahan bulan ini.

Julia berkata, sejak diijab kabulkan dengan jurutera mekanikal yang hanya dikenali sebagai Johan pada 1 Januari lalu, mereka belum berkesempatan berbulan madu kerana terikat dengan komitmen kerja masing-masing.

“Alhamdulillah, akhirnya kami berkesempatan meluangkan masa bersama. Sebelum ini, hasrat untuk berbulan madu tertunda kerana komitmen kerja. Lagipun, suami juga sentiasa ke luar daerah atas urusan kerjanya.

“Pada masa sama, kami masih dalam proses peralihan untuk menyesuaikan dengan diri sebagai suami isteri. Kami bercadang mahu mengembara di China selama 10 hari. Pastinya saya teruja untuk ke Tembok Besar China dan lokasi menarik lain,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp