Categories : Hiburan

 

Noorkhiriah

KUALA LUMPUR: Perubahan ketara pada wajah pelakon Noorkhiriah yang semakin cerah dan tidak kusam menarik perhatian netizen dan pengikutnya di laman Instagram dan Facebook.

Rata-rata memuji penampilan Noorkhiriah yang menginjak usia 41 tahun ini.

Berkongsi rahsia, Noorkhiriah yang terkenal melalui watak Bedah Tong Gas memberitahu, dia mengamalkan produk jus Bidan Dara yang diusahakannya hampir setahun lalu, membabitkan kombinasi ramuan buah-buahan.

“Alhamdulillah, dengan penggunaan konsisten, InsyaAllah ada hasilnya. Ramai juga yang menyedari perubahan ini.

“Tapi tidaklah cantik manapun saya. Ditambah dengan faktor pencahayaan dan teknologi kamera telefon bimbit, nampak makin cantiklah kalau dirakam gambar, kemudian dimuat naik di laman sosial.

“Pernah sekali ada gambar di mana saya oles gincu merah, jadi semakin nampaklah wajah yang cerah,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, Noorkhiriah mengejutkan ramai pihak apabila menarik semula keputusan bersara daripada dunia seni.

Mengulas perkembangan terbaru, ibu kepada dua anak ini sedang menjalani rakaman program masakan Kecoh Dapur musim kedua.

Noorkhiriah dan teman baiknya, Ieda Moin berganding sebagai pengacara.

“Seronok dapat bekerjasama dengan teman baik. Sebelum ini, kami pernah berganding dalam drama, kali ini sebagai hos pula. Seronok dengan Ieda sebab kepala dia ‘gila-gila’ macam saya,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp