Categories : Semasa

 

DATUK Seri Mahdzir Khalid (kanan) bersalaman dengan warga pendidikan ketika hadir dalam program Wacana Intelektual bersama Warga Pendidikan Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM), Georgetown. – Foto Danial Saad

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan sedang mengkaji cadangan untuk mengguna pakai sistem bayaran elektronik atau debit bagi semua transaksi pelajar di kantin dan koperasi di semua sekolah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan itu bagaimanapun akan dikaji terlebih dahulu bagi mengenal pasti tahap keberkesanannya, sebelum ia dipraktikkan secara menyeluruh.

“Perkara ini sedang dibincangkan di peringkat Bahagian Teknologi Kementerian Pendidikan, selain akan membabitkan 40 sekolah terpilih sebagai ujian rintis,” katanya pada sidang media selepas majlis Wacana Intelektual bersama Warga Pendidikan Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mengkaji bagi memperluaskan penggunaan sistem mesin perakam waktu di semua sekolah di negara ini.

Katanya, ia susulan seliaan penggunaan sistem berkenaan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pentadbiran serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah terbabit.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp