Categories : Jenayah

 

KUALA KLAWANG: Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Kenaboi, di sini, hari ini.

Mangsa berusia enam tahun itu mandi bersama tiga rakannya, kira-kira jam 2 petang, apabila arus deras sungai itu menghanyutkannya.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fazzil Mohd Yunus, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu dari Balai Polis Chennah, kira-kira jam 2.45 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota segera dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 3.30 petang, pihaknya dimaklumkan mayat mangsa telah dijumpai oleh penduduk kampung.

“Selepas kanak-kanak itu hilang, rakannya segera memberitahu ibu bapa masing-masing dan penduduk kampung kemudian mencari di kawasan sekitar,” katanya, di sini, hari ini.

Mohd Fazzil berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari tempatnya dihanyutkan arus di Jambatan Dusun Kabur, Chennah.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Chennah dan pegawai perubatan di situ mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Carian Tronexus.rocks:

  • biodata datuk hamzah sundang

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp