Categories : Hiburan

 

KANG Gary mencuba cendol di Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Bekas anggota Running Man, Kang Gary, yang berkunjung ke Pulau Pinang selama tiga hari bermula Isnin lalu, sempat mengelingi Georgetown untuk melawat beberapa lokasi menarik di tengah-tengah kepadatan jadual kerjanya.

Menerusi gambar yang dikongsi di Instagram @kang_gary8888, beliau dilihat merakamkan kenangan di Penang Street Art, Chew Jetty dan menaiki Rainbow Skywalk di Menara Komtar.

Menariknya, Gary memuat naik dua kali gambar cendol yang dinikmatinya bersama keterangan berbunyi ‘cendol love’ dan #cendol #penang, sekali gus menunjukkan ia antara manisan kegemarannya yang baharu.

Sudah tentu kemunculan penyanyi yang juga anggota Leesang itu turut mengundang kejutan hingga ramai peminat enggan melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama bintang terbabit.

Sejak awal Mei lalu, beliau memadamkan semua gambar di laman Instagram peribadinya, selain status pernah dimuat naik selepas berita perkahwinannya tersebar.

Kontroversi pengundurannya daripada Running Man tahun lalu, disusuli kisah panas mengenai perkahwinan rahsia dengan wanita misteri, baru-baru ini, dikatakan antara punca beliau meninggalkan dunia maya.

Namun, pada 19 Jun lalu, iaitu selepas lebih dua bulan mengosongkan Instagramnya, beliau berkongsi entri baharu yang menonjolkan gambar pantai di Hawaii.

Sebelum itu, artis terkenal itu terbang ke Pulau Pinang bersempena pelancaran jualan tiket bagi konsert Kpop Sensation 2017 yang dijadualkan berlangsung di Setia Spice Arena, Bayan Lepas, pada 16 September depan.

Pada hari kemunculannya di Gurney Paragon Mall, Rabu lalu, kira-kira 1,000 peminat menunggu kehadirannya bersama seorang lagi penyanyi Korea Selatan, Jessica Sooyoun Jung.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp