Categories : Semasa

 

KAPAL peninjau minyak dan gas, Ocean Geos, dilaporkan terbakar selepas bilik enjinnya meletup kira-kira 3 pagi tadi di Perairan Baram, Miri.

Difahamkan, kapal berkenaan membawa 38 anak kapal.

Bagaimanapun setakat ini, belum dapat disahkan keadaan semua anak kapal berkenaan.

PETRONAS dalam kenyataan medianya mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sudah mengaktifkan operasi menyelamat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Miri akan mengadakan sidang media di pejabat APMM berhubung kejadian itu pada jam 11.15 pagi ini.

Berita lanjut menyusul


Tags :

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp