Categories : Jenayah

 

JENTERA bomba berusaha memadam api pada salah satu menara kilang palet plastik yang terbakar sejak pagi semalam dalam kejadian di Jalan Kelabakan, Sabak Bernam. -Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

SABAK BERNAM: Selepas lebih 24 jam, kilang membuat palet plastik yang terbakar kira-kira jam 6.30 pagi semalam, akhirnya dapat dipadam sepenuhnya pada jam 4 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam, Mohd Saufi Zakaria berkata, kerja memadam dimulakan pada jam 7.09 pagi semalam dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya 33 jam kemudian.

“Kebakaran dalam menara penyimpanan berlarutan berikutan bahan plastik yang digunakan untuk membuat palet yang disimpan di situ, adalah bahan mudah terbakar.

“Pada masa sama, ruang yang terhad menyukarkan pihak kami menyembur air ke dalam menara yang terbakar itu,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Saufi berkata, semua lapan menara yang ada di kilang berkenaan musnah dalam kebakaran itu.

Katanya, pasukan penyiasat akan menjalankan siasatan di kilang berkenaan esok, termasuk dengan bantuan unit anjing pengesan bagi mengetahui punca kejadian.

Semalam, BH Online melaporkan sebahagian besar daripada kilang membuat palet plastik di Jalan Kelabakan di sini, musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira jam 6.30 pagi.

Kebakaran itu disedari seorang juruteknik, Mohd Hishamudin Sarman, 33, yang ternampak percikan api pada pendawaian di bumbung kilang berkenaan.

Sementara itu, pengurus kilang itu, S Ravi, 48, memaklumkan kerugian dianggarkan mencecah RM20 juta berikutan tiga mesin yang setiap satu berharga RM6 juta dalam kilang berkenaan, musnah dalam kebakaran itu.

“Kilang ini mempunyai 149 pekerja iaitu 78 pekerja asing dan 71 lagi rakyat tempatan,” katanya.

Carian Tronexus.rocks:

  • kebakaran kilang di sabak bernam

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp