Categories : Jenayah

 

SEORANG wanita berjalan kaki dalam keadaan bogel di Jalan SS 3/33, Taman Universiti di sini kecoh tengah hari tadi.

PETALING JAYA: Orang ramai di Jalan SS 3/33, Taman Universiti di sini kecoh tengah hari tadi apabila melihat seorang wanita berjalan kaki dalam keadaan bogel di situ.

Polis menggunakan anggota wanita untuk menahan wanita terbabit selepas menerima aduan orang ramai.

Wanita itu, rakyat Vietnam berusia 30 tahun ditahan sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan kesihatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata anggota MPV yang ke lokasi terpaksa meminta bantuan dua anggota polis wanita dari Pondok Polis Pekan Sungai Way untuk menahan wanita itu.

“Dia kemudian di bawa ke Balai Polis Sungai Way sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa foto dan satu video menunjukkan wanita itu sedang berlegar-legar di hadapan kedai di situ turut tersebar di media sosial.

Orang awam mendakwa wanita itu bercakap seorang diri sambil berjalan kaki.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp