Categories : Hiburan

 

KUALA LUMPUR: Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat, berbesar hati diberikan kepercayaan membawakan lagu berjudul `Ayah’ ciptaan sepenuhnya komposer, Edry Abdul Halim.

Azmi dipilih oleh Edry untuk menyanyikan lagu terbabit kerana dirinya memahami kepiluan hidup selepas kehilangan bapa tercinta pada tahun 2012.

“Bukan mudah menyanyikan lagu Ayah, karya yang cukup bersifat peribadi kepada Abang Edry. Lagu itu dicipta selepas beliau kehilangan bapa mentuanya pada tahun lalu. Daripada kehilangan itu, beliau mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.

“Abang Edry seboleh-bolehnya mahu memilih penyanyi yang bersesuaian dengan lagu berkenaan dan saya berterima kasih kepadanya kerana memberikan kepercayaan itu kepada saya.

“Alhamdulillah, ahli kumpulan Caliph Buskers memahami pemilihan saya sebagai penyanyi lagu terbabit. Saya sendiri berharap dapat memberikan penghayatan sebaiknya kepada lagu itu, seperti yang diharapkan oleh Abang Edry,” katanya kepada BH Online.

Menurut Azmi, lagu terbabit sudah pun selesai dirakam dan ia dijangka berada di pasaran, bulan depan.

“Saya menjalani proses rakaman tiga kali dan memberikan yang terbaik setiap kali berada di studio. Biarlah Abang Edry sendiri memilih yang terbaik antara tiga rakaman berkenaan,” katanya.

Selain itu, Azmi berkata Caliph Buskers ketika ini sedang meneliti material bersesuaian untuk dijadikan sebagai single terbaru mereka.

Kumpulan yang dianggotai pemuzik cacat penglihatan itu sebelum ini meledak dengan lagu Hanya Namamu, juga ciptaan Edry. Lagu terbabit juga diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-30.

Carian Tronexus.rocks:

  • Anak yusri
  • ayah azmi yusri

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp