Categories : Sukan

 

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan (tengah) bergambar bersama-sama penerima Anugerah pada majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSM-MILO 2016 di Palace Golden Horses. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan pemain skuasy remaja, Aifa Azman masing-masing dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Putera dan Puteri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)-Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)-Milo 2016, hari ini.

Selain mereka, pemenang pingat emas acara lompat jauh sukan Paralimpik Rio, Brazil, Abdul Latif Romli, atlet terjun Nur Dhabitah Sabri dan Welson Sim Wee Sheng (renang) muncul pemenang anugerah Mutiara Inspirasi Sukan MSSM-Milo. 

Bagi Aifa, anugerah yang diraih itu dapat memberi suntikan semangat tambahan untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan khususnya di peringkat antarabangsa. 

Namun, beliau tidak menganggap kejayaannya merangkul anugerah itu sebagai jaminan untuk terpilih mewakili negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini. 

“Saya rasa sangat bersyukur sebab menang anugerah ini. Saya akan menyertai kejohanan di India hujung bulan ini dan ia pasti menambahkan lagi semangat saya. 

“Berkenaan Sukan SEA, saya belum dimaklumkan lagi sama ada saya dapat masuk atau tidak. Tapi saya sudah berlatih untuk skuad Sukan SEA sejak awal tahun ini.  

“Peluang untuk terpilih mewakili negara pada temasya itu memang sukar sebab ramai lagi pemain senior yang lebih hebat dan berpengalaman. Apapun, saya harap dapat terpilih ke Sukan SEA,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah itu, di sini.

Sementara itu, ketua kontinjen negara untuk Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin menerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan manakala Mohd Poad Md Kassim sebagai Jurulatih Sukan Cemerlang. 

Dua atlet wushu, Chuah Shang Yang dan Sydney Chin Sy Xuan dinobatkan sebagai putera dan puteri pemenang Anugerah Khas. 

Senarai Pemenang Majlis Anugerah KPM-MSSM-Milo 2016

*Anugerah Juara MSSM 2016 – MSSM Selangor

*Anugerah Mutiara Inspirasi Sukan 2016 – Abdul Latif Romli (olahraga), Nur Dhabitah *Anugerah Sabri (terjun), Welson Sim Wee Sheng (renang)

*Anugerah Putera Sukan – Khairul Hafiz Jantan (olahraga)

*Anugerah Puteri Sukan- Aifa Azman (skuasy)

*Anugerah Tunas Harapan (putera) – Joachim Chuah Han Wei (skuasy)

*Anugerah Tunas Harapan (Puteri) – Yasshmita Jadish Kumar (skuasy)

*Anugerah Khas (putera) – Chuah Shang Yang (wushu)

*Anugerah Khas (puteri) – Sydney Chin Sy Xuan (wushu)

*Anugerah Pendidikan Khas (puteri) – Muhammad Rafique Farhan Saiful Nizam (olahraga)

*Anugerah Pendidikan Khas (puteri) – Felicia Mikat (olahraga)

*Anugerah Jurulatih Sukan Cemerlang – Mohd Poad Md Kassim (olahraga)

*Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan – Datuk Marina Chin

*Anugerah Guru Sukan Berjasa (lelaki) – Loh Ai Min 

*Anugerah Guru Sukan Berjasa (wanita) – Cheng Joo Suan

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp