Categories : Jenayah

 

– Foto ihsan Twitter Tan Sri Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Dua pengedar ganja yang dipercayai beroperasi secara dalam talian ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Delek, Klang, Selangor, semalam.

Suspek termasuk pesara tentera berusia 58 tahun yang ditahan dalam serbuan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman, hasil maklumat dan laporan orang awam.

Dalam serbuan jam 1 tengah hari itu, polis turut merampas biji benih, serbuk lembab berwarna perang, cecair, bekas aluminium mengandungi pes gelap, 70 ketulan bungkusan aluminium dan ketulan coklat disyaki ganja.

Serbuan ke atas rumah di Jalan Kunci Air, Kampung Delek Dalam itu membawa kepada penemuan 18 batang pokok disyaki ganja yang dipercayai ditanam suspek terbabit.

Ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut merakamkan penghargaan kepada pasukan STING atas kejayaan menumpaskan aktiviti pengedaran ganja menerusi akaun Twitter miliknya.

“Syabas STING @PDRMsia tangkap 2 orang di Klang, Selangor kerana jalankan perniagaan ganja dalam talian. #GoPDRMGo.

Carian Tronexus.rocks:

  • kes samun dan dadah di kota tinggi

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp