Categories : Sukan

 

BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terkandas di separuh akhir Terbuka Singapura selepas tewas kepada pasangan Thailand, Duchapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, sebentar tadi. – Foto Owee Ah Chun.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terkandas di separuh akhir Terbuka Singapura selepas tewas kepada pasangan Thailand, Duchapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, Kian Meng-Pei Jing bermula baik apabila menang set pertama 21-18.

Namun, segala-galanya serba tidak menjadi buat beregu nombor 10 dunia itu apabila tewas dua set berikutnya 11-21, 14-21 sekali gus menyaksikan cabaran Malaysia di Singapura berakhir selepas mereka menjadi satu-satunya wakil yang layak ke separuh akhir

Apa pun, kejayaan mara ke separuh akhir boleh disifatkan positif buat Kian Meng-Pei Jing. Ini adalah kali pertama mereka layak ke sehingga separuh akhir kejohanan bertaraf Siri Super selepas sering tersingkir di pusingan awal.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp