Categories : Hiburan

 

BINTANG realiti televisyen, Kim Kardashian. – Foto Reuters

LOS ANGELES: Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian, yang dirompak di Paris tahun lalu, dilaporkan akan membuat penampilan istimewa dalam filem Oceans Eight, membabitkan rompakan barang kemas.

Filem berkenaan sedang dalam pembikinan di Muzium Seni Metropolitan selama beberapa hari, dengan ramai bintang terkemuka membuat penampilan istimewa dalam adegan rompakan dramatik itu.

Kardashian dilihat di lokasi penggambaran penggambaran dengan adik perempuannya, Kendall Jenner, Isnin lalu.

Menurut sumber, adegan membabitkan kecurian rantai mahal di bilik air muzium berkenaan.

Sumber berkata, Kardashian terbabit dalam filem itu, walaupun tidak pasti sama ada beliau memegang peranan mangsa dan sekadar menunjukkan wajah di tengah orang ramai, lapor laman web hiburan, pagesix.com.

Pelakon utama filem berkenaan termasuk Sandra Bullock, Cate Blanchett, Rihanna, Anne Hathaway, Sarah Paulson dan Mindy Kaling.

Isnin lalu, dalam satu penampilan di khalayak ramai sejak kes rompakan, Kardashian kelihatan dalam adegan itu yang menyaksikan semua watak perempuan melakukan rompakan.

Sumber berkata: “Kami terkejut kerana Kim muncul untuk menjalani penggambaran. Beliau kelihatan amat trauma dengan kejadian di Paris.

“Namun, dia masih mampu tampil dalam filem yang menonjolkan rompakan barang kemas.”

Pegawai publisiti Kardashian mengesahkan beliau membuat penampilan istimewa dalam filem itu, tetapi enggan mengulas lanjut. – AGENSI

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp