Categories : Jenayah

 

Rabu, 25 Januari 2017 – 10:30PM

Waktu Solat Kuala Lumpur:

Oleh Zuliaty Zulkiffli

ALOR SETAR: Seorang anggota tentera berpangkat koperal putus pergelangan tangan kiri apabila sebutir bom meletup sewaktu bertugas di Pos Kawasan Sintok, Temin dekat sini, pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat Malaysia dalam satu kenyataan, berkata mangsa, Mohd Zulkifli Salleh, 32, dari Kem Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kangar, Perlis terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), pada jam 9.28 pagi.

“Kejadian berlaku di khemah anggota ketika mangsa sedang melaksanakan tugas pentadbiran sebelum berlaku letupan. Mangsa berasal dari Kelantan kini dalam keadaan stabil.

“Buat masa ini, pihak Tentera Darat sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp