Categories : Semasa

 

TENGKU Adnan (dua dari kiri) menyampaikan duit angpau kepada orang ramai yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Wilayah Persekutuan 2017. – Foto Rosela Ismail

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sedia memberi keterangan berhubung laporan Melayu dipinggirkan di Pulau Pinang.

Ia adalah susulan laporan polis oleh Ahli Parlimen DAP Segambut , Lim Lip Eng.

Menyelar tindakan pembangkang yang didakwa menyalah tafsir kenyataannya, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Pembangkang tak baca kenyataan saya betul-betul. Semua bangsa di Pulau Pinang dipinggirkan tapi pembangkang cuma petik bangsa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2017 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Adnan turut membidas pembangkang yang mendakwa beliau mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan.

“Ia cuma cadangan dan kita menyimpan harapan supaya Melaka, Langkawi dan Pulau Tioman menjadi Wilayah Persekutuan,” katanya.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp