Categories : Hiburan

 

KUMPULAN Forteen. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

KUALA LUMPUR: Penerbitan single terbaru Forteen, Apa Ini Cinta, menepis segala spekulasi kumpulan berkenaan bakal membawa hala tuju berbeza selepas enam tahun bersama.

Anggotanya, Ariz Lufias, berkata mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membubarkan kumpulan berkenaan, sebaliknya akan menyokong kerjaya solo mana-mana ahli yang berbuat demikian.

“Kami tidak terfikir untuk berpecah biarpun masing-masing sibuk merencana kerjaya seni secara solo. Apa yang pasti, tanggungjawab sebagai anggota Forteen tidak terabai.

“Apa Ini Cinta membuktikan kami masih teguh sebagai sebuah kumpulan. Single terbaru ini pula adalah karya sepenuhnya Edry Abdul Halim dan ia dipilih sebagai pertaruhan terkini kami menerusi hasil perbincangan bersama.

“Lagu yang diketengahkan kali ini sedikit berbeza kerana kami memilih lagu berentak balada pula untuk hiburan peminat. Beberapa single terdahulu berentak rancak, jadi semestinya kami menginginkan kelainan,” kata Ariz kepada BH Online.

Selain Ariz, Forteen, yang sebelum ini popular dengan lagu Dekat Tapi Jauh, turut dianggotai oleh One, Ameer dan Izzue Islam.

Selain itu, Apa Ini Cinta juga bakal ditampilkan sebagai lagu tema drama bersiri, Menanti Februari, yang menampilkan Zul Ariffin dan Fathia Latiff selaku teraju utama.

Drama berkenaan bakal bersiaran bermula 27 Mac ini menerusi slot Samarinda, TV3.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp