Categories : Jenayah

 

Jumaat, 20 Januari 2017 – 9:30AM

Waktu Solat Kuala Lumpur:

Oleh Kandau Sidi

kandau@bh.com.my 

MIRI: Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan polis kerana menyerang rakannya menggunakan tukul besi di sebuah kedai ubat di kompleks beli belah Permaisuri di sini, malam tadi.

Rakan mangsa berusia 50 tahun luka dan berdarah di muka akibat diserang suspek ketika mengunjungi kedai ubat itu jam 9.20 malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Supritanden Khoo Leng Huat, mengesahkan kes itu dan berkata, suspek ditahan pengawal keselamatan pusat beli belah itu sebelum diserahkan kepada polis.

“Tukul besi yang digunakan suspek sudah dirampas untuk siasatan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya hari ini.

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan.

Carian Tronexus.rocks:

  • logo polis besi

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp