Categories : Jenayah

 

RAWANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila terjatuh ketika menjala ikan di Sungai Bukit Beruntung, Kampung Timah SKC, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa Zulkifli Basir, 36, bersama dua rakannya tiba di tempat kejadian pada jam 11 malam tadi untuk menjala ikan.

Ketua Polis Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa dan salah seorang rakan menaiki perahu untuk menjala pada kira-kira jam 1 pagi tadi sebelum perahu itu terbalik pada jam 2 pagi.

“Bagaimanapun, rakan mangsa ketika itu sempat berpaut pada dahan pokok manakala mangsa dipercayai dihanyutkan arus sungai terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis menerima panggilan daripada keluarga mangsa pada jam 10.45 pagi tadi yang melaporkan kejadian itu.

“Seramai 13 anggota bomba dan lapan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian, Namun keadaan arus sungai yang deras menyukarkan operasi pencarian,” katanya.

Supramaniam berkata, operasi mencari mangsa dihentikan pada jam 7.30 malam kerana cuaca gelap dan akan diteruskan pagi esok.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp