Categories : Semasa

 

PELAKON Sofi Jikan akan meneruskan kerjaya lakonan seperti biasa selepas dibebaskan dengan jaminan polis akibat penyalahgunaan dadah.

Sofi atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang ditahan reman selama tiga hari sejak Rabu lalu turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakannya.

“€œSaya bersykur kepada Allah SWT. Alhamdulillah, saya dibebaskan hari ini. Saya nak balik rumah dan berehat.

“€œInsya Allah selepas ini saya meneruskan penggambaran filem Polis Evo 2 dan beberapa projek lain. Bulan depan saya akan terbabit dalam filem baru. Terima kasih kepada semua,”€ katanya kepada Harian Metro.

Sofi yang juga pelakon filem KL Gangster menganggap tindakan pelakon Datuk Farid Kamil yang membuat laporan polis terhadapnya satu ujian Allah.

“€œSaya anggap ini ujian daripada Allah untuk kita semua sebagai insan yang lemah. Saya ‘no komen’.

“Mengenai dua rakan lain, saya berharap mereka dalam keadaan baik. Insya Allah semuanya dalam jagaan Allah SWT,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Farid, Sofi menyerahkan kepada ketentuan Allah.

Sofi juga enggan mengulas lanjut sama ada dia akan menghubungi Farid atau tidak selepas ini.

Dia dibebaskan dengan jamin polis hari ini selepas ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Tempoh reman tidak akan disambung terhadapnya yang keterangannya berhubung kes dadah diambil polis bermula Rabu lalu.

Sofi tiba menaiki kereta peronda polis (MPV) di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 10.10 pagi sebelum dibawa ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Tags :

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp