Categories : Semasa

 

REMAJA perempuan berusia 16 tahun dirogol remaja lelaki yang baru dua hari dikenalinya di hotel di Senawang, Seremban, awal pagi Ahad lalu.

Sumber berkata, pelajar kolej kemahiran itu dikatakan keluar dari hostel di Taman Bukit Delima di sini tanpa pengetahuan warden bagi bertemu remaja lelaki sebayanya di Senawang.

“Mangsa ditemani dua rakan perempuan bertemu remaja lelaki itu di Uptown Senawang, 10 malam Sabtu lalu. Mereka dikatakan makan malam bersama sebelum bersiar-siar,” katanya.

Kata sumber lagi, selepas penat berjalan ketiga-tiga remaja perempuan berkenaan dibawa ke bilik hotel bajet di Senawang untuk berehat.

“Mangsa mendakwa kira-kira 2 pagi, dia dipeluk oleh remaja lelaki terbabit dan cuba melawan serta menjerit meminta tolong dua rakan yang tidur di katil sebelah, namun mulutnya ditutup lelaki terbabit.

“Mangsa mendakwa dia dirogol dan kemudiannya dihantar pulang ke rumah rakannya di Sepang. Sewaktu berada di rumah, remaja perempuan itu memberitahu rakan dia dirogol selepas mereka melihat terdapat kesan gigitan merah pada leher,” katanya.

Kata sumber itu, rakan mangsa membawanya membuat laporan di Balai Polis Paroi di sini pada 4 petang kelmarin.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini untuk pemeriksaan perubatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Lokasi sebuah hotel dipecayai seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh seorang remaja lelaki yang baru dikenalinya Senawang. NSTP/ADZLAN SIDEK


Tags :

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp