Categories : Semasa

 

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa di kediaman rasminnya di Seremban. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid. – Foto Iqmal Rosman[FOTO /BH]

SEREMBAN: Lebih 300 orang termasuk pemimpin kerajaan, rakan korporat, veteran UMNO dan Badan Kebajikan Anak Negeri Sembilan menghadiri majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di kediaman rasminya di sini, hari ini.

Mohamad dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, yang kelihatan gembira meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir bagi mengeratkan hubungan.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid turut memeriahkan majlis tahunan berkenaan.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, tahlil, solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Pegawai Khas Agama Menteri Besar, Farid Samat.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp