Categories : Sukan

 

IPOH: Pemain negara tekad bangkit pada pertemuan dengan Great Britain esok selepas dibelasah 6-1 oleh Australia pada perlawanan kedua hoki Piala Sultan Azlan Shah semalam.

Penyerang negara Firhan Ashari berharap keputusan positif dapat diraih pada pertemuan menentang skuad kendalian Bobby Crutchley malam esok.

Firhan, 24, percaya dengan kualiti dimiliki rakan sepasukannya tidak mustahil untuk menjadikan Great Britain sebagai mangsa kebangkitan pertama Malaysia Tigers kendalian Stephen Van Huizen yang diikat 1-1 oleh Jepun pada aksi pembukaan.

“Berdasarkan rekod tiada masalah untuk kita menentang Britain dan In Shaa Allah kita boleh menang dengan pemain sedia ada,” katanya.

Skuad negara yang diperkuat dengan kepulangan tiga bintang utama – Faizal Saari, Firhan dan penjaga gol S Kumar – dilihat beraksi di bawah tahap keupayaan sebenar dalam dua aksi pertama.

Malaysia kini tiada pilihan selain perlu mengutip sebanyak mungkin mata pada tiga aksi terakhir menentang Great Britain, New Zealand dan India jika mahu memperbaiki pencapaian tempat keempat pada tahun lalu.

Bantuan / Pertanyaan ? SMS, Call 01150202270 atau KLIK LINK INI untuk Whatsapp